Welcome To My Blog

Welcome To My Blog
http://cikgucute.blogspot.com

Monday, September 14, 2009

Salam Ramadhan

Sesungguhnya apa yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang khilaf itu adalah kelemahan saya sendiri. Para bloger boleh mengambil apa sahaja petua dari blog ini dan kalau baik sebarkanlah kepada rakan-rakan yang lain.

Tuesday, March 06, 2007

Kegunaan Daun Sirih

Ari-ari Pedih
Ambil sirih bertemu urat, sebiji bauh pala dibenamkan ke dalam abu panas, sebiji pinang yang telah dibelah tiga bahagian serta disapu dengan kapur dan makan pada sebelah pagi, tengahari dan petang. Amalkan selama tiga hari berturut-turut.

Asma
Tujuh helai daun sirih ditumbuk lumat bersama satu sudu teh lada putih dan campurkan minyak kayu putih secukupnya agar menjadi pepesan. Sapukan pada dada pesakit serta leher, amalan ini akan menghilangkan penyakit asma.

Barah
Tiga helai daun sirih bertemu urat dihancurkan lumat berserta kapur sirih sebesar ibu jari kaki dan sesudu makan madu lebah untuk menjadi pepesan. Sapukan tiga kali sehari dibahagian yang sakit.

Batuk Lelah
Daun sirih dilayur dan dituam ke dada pesakit. Air daun sirih diguna untuk minuman kepada pesakit.

Bau Badan
Sapukan adunan tiga helai daun sirih dan sedikit tawas yang telah diramas sama, ke atas badan dan ketiak semasa mandi. Biarkan beberapa ketika dan bilas dengan air bersih.

Bau Mayat
Untuk menghilangkan bau mayat yang melekat pada tangan atau baju setelah menyelesaikan kerja-kerja mandi mayat, ambil beberapa helai daun sirih, ramaskan dan rendamkan bersama baju beberapa ketika sebelum dibilas dengan air bersih.

Monday, March 05, 2007

Khasiat Daun Sirih

Khasiat Sirih Yang Tidak Diketahui
Sirih atau nama saintifiknya Piper betle L. adalah tumbuhan herba tempatan yang mengandungi banyak khasiat. Ia mempunyai sifat unik iaitu stypic (menahan pendarahan), vulnerary (menyembuhkan luka), stomachic (ubat saluran pencernaan), menguatkan gigi dan membersihkan tenggorok.

Selain itu, ia juga berkhasiat untuk merawat sakit perut, kembung, hidung berdarah, kencing tindak lawas, mata gatal dan menghilangkan bau badan dan mulut. Khasiat yang berwariasi ini turut menyebabkan ia turut digunakan oleh kaum Melayu, Cina dan India khususnya dalam perubatan tradisional.
Sirih dan Perubatan Tradisional


Sirih atau Piperacea merupakan salah satu herba pusaka warisan bangsa Melayu yang mempunyai nilai sentimen tersendiri untuk memperkatakan tentang peradaban dan sosio budaya orang Melayu. Sirih merupakan herba penting yang digunakan untuk melengkapi adat dan material utama dalam perubatan spiritual melayu. Sirih diterima oleh semua golongan untuk membolehkan ia berada di mana sahaja di kampung atau kota.
Kajian Saintifik dan Perubatan Moden

Hasil penemuan kajian - kajian saintifik oleh pakar - pakar kajian herba produk mengatakan sirih mengandungi komponen - komponen aktif semulajadi yang amat berguna dalam perubatan dan pelbagai kegunaannya. Ianya juga mengandungi antiseptik semulajadi yang berupaya membunuh kuman, bakteria dan kulat dengan khasiat hemostasis yang dapat melancar darah dan menghentikan perdarahan.
Kandungan Produk Sireh Emas

Flavournoid & Polyphenol
Untuk menegangkan kulit, mengelakkan kedutan kulit dan membantu melancarkan peredaran darah, membantu memperlahan proses penuaan dan sangat sesuai sebagai bahan losyen awet muda.

Hydroxyl-chavicol
Membantu menormalkan perjalanan darah di pembuluh dan mempercepatkan pembekuan darah yang keluar

Astrigen
Membantu mengecutkan dan memulihkan tisu - tisu organik badan akibat luka dan sebagainya
SialagogaMembantu memperbanyakan rembesan air liur apabila dikunyah

Ekspektoran
Membantu menghilangkan lendir dan kahak apabila dimakan, sesuai sebagai ubat batuk dan sakit tekak

Euginol
Membantu membunuh kuman dan menghalang pembiakan koloni fungus/kulat