Khasiat Sirih Yang Tidak Diketahui
Sirih atau nama saintifiknya Piper betle L. adalah tumbuhan herba tempatan yang mengandungi banyak khasiat. Ia mempunyai sifat unik iaitu stypic (menahan pendarahan), vulnerary (menyembuhkan luka), stomachic (ubat saluran pencernaan), menguatkan gigi dan membersihkan tenggorok.
Selain itu, ia juga berkhasiat untuk merawat sakit perut, kembung, hidung berdarah, kencing tindak lawas, mata gatal dan menghilangkan bau badan dan mulut. Khasiat yang berwariasi ini turut menyebabkan ia turut digunakan oleh kaum Melayu, Cina dan India khususnya dalam perubatan tradisional.
Selain itu, ia juga berkhasiat untuk merawat sakit perut, kembung, hidung berdarah, kencing tindak lawas, mata gatal dan menghilangkan bau badan dan mulut. Khasiat yang berwariasi ini turut menyebabkan ia turut digunakan oleh kaum Melayu, Cina dan India khususnya dalam perubatan tradisional.
Sirih dan Perubatan Tradisional
Sirih atau Piperacea merupakan salah satu herba pusaka warisan bangsa Melayu yang mempunyai nilai sentimen tersendiri untuk memperkatakan tentang peradaban dan sosio budaya orang Melayu. Sirih merupakan herba penting yang digunakan untuk melengkapi adat dan material utama dalam perubatan spiritual melayu. Sirih diterima oleh semua golongan untuk membolehkan ia berada di mana sahaja di kampung atau kota.
Kajian Saintifik dan Perubatan Moden
Hasil penemuan kajian - kajian saintifik oleh pakar - pakar kajian herba produk mengatakan sirih mengandungi komponen - komponen aktif semulajadi yang amat berguna dalam perubatan dan pelbagai kegunaannya. Ianya juga mengandungi antiseptik semulajadi yang berupaya membunuh kuman, bakteria dan kulat dengan khasiat hemostasis yang dapat melancar darah dan menghentikan perdarahan.
Kandungan Produk Sireh Emas
Flavournoid & Polyphenol
Untuk menegangkan kulit, mengelakkan kedutan kulit dan membantu melancarkan peredaran darah, membantu memperlahan proses penuaan dan sangat sesuai sebagai bahan losyen awet muda.
Hydroxyl-chavicol
Membantu menormalkan perjalanan darah di pembuluh dan mempercepatkan pembekuan darah yang keluar
Astrigen
Membantu mengecutkan dan memulihkan tisu - tisu organik badan akibat luka dan sebagainya
SialagogaMembantu memperbanyakan rembesan air liur apabila dikunyah
SialagogaMembantu memperbanyakan rembesan air liur apabila dikunyah
Ekspektoran
Membantu menghilangkan lendir dan kahak apabila dimakan, sesuai sebagai ubat batuk dan sakit tekak
Euginol
Membantu membunuh kuman dan menghalang pembiakan koloni fungus/kulat
9 comments:
Menarik & banyak input yg boleh diaplikasikan.
Fun & interesting
ok la baru belajar... saya pun baru belajar jugak ni...
salam cikgu...apa khabar cikgu? harap sihat2 la hendakNya...
salam...hai cikgu...cikgu sains ke ape ni? hehehe... time kasih cikgu... ajar anak murid bebaik...
wah....hendsome juga cik abg ni yeeeee.........
hhhhh
ooo fatah rupenye... tak cute pun.. encem je skit.. he hee
assalamualaikum.saudara,saya pun seorang guru di terengganu.bolehkah saya mengambil sebahagian kecil dari petua2 ini untuk menyiapkan ebook pertama saya berkaitan dengan perubatan tradisional.keizinan dari saudara amat saya hargai
Post a Comment